Kehidupan peribadi Zhao Quan Yin

Ketika Zhao pertama kali menyertai Kumpulan Berita MediaCorp, beliau ialah seorang Wartawan Berita untuk MediaCorp Saluran 8. Kemudian, beliau berkhidmat dengan MediaCorp Saluran U sebagai penyampai Current Affairs Program - World This Week (世界一周). Sementara itu, beliau menjadi penyampai berita MediaCorp Saluran 8 News 8 at One (1点新闻) dan penyampai berita Singapore Today (狮城6点半). Selepas beberapa lama, beliau berkhidmat sebagai penyampai berita MediaCorp Saluran 8 dan MediaCorp Saluran U News Tonight (晚间新闻). Pada masa kini,[bila?] Zhao dan Evelyn Lam yang bertanggungjawab untuk menyampaikan berita Hello Singapore (狮城有约).[1]